Loader

Penganjur dan Objektif SAMNOVA 2022

Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk akan menganjurkan Seminar Amalan Inovasi (SAMNOVA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 dengan kerjasama Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Negeri Perak dan Majlis Guru Besar Negeri Perak.

Objektif SAMNOVA 2022

  1. Memperkenalkan daerah Bagan Datuk di peringkat kebangsaan agar selaras dengan slogan 1 Team 1 Target ke Arah PPD Bagan Datuk Nombor 1 di Malaysia.
  2. Memberikan pendedahan kepada guru dan murid tentang inovasi didik hibur yang menarik dan berfokuskan murid.
  3. Menyediakan ruang kolaboratif pengkongsian amalan inovasi didik hibur dalam kalangan guru dan murid.
  4. Meningkatkan kapasiti pedagogi idea inovasi didik hibur guru-guru yang boleh dikongsi bersama.
  5. Mengaplikasikan inovasi didik hibur yang diperoleh ke bilik darjah yang bersesuaian dengan bahasa sekolah.

Pendekatan Didik Hibur

Pendekatan didik hibur dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Selain itu, Pendekatan ini juga dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan tekanan murid sepanjang proses pembelajaran kerana rasa seronok semasa belajar. Contoh pengajaran dan pembelajaran yang bersifat didik hibur ini seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan, dan pelbagai aktiviti pembelajaran menghiburkan yang dilaksanakan secara sistematik dan terancang. Pendekatan didik hibur ini sejajar dengan pedagogi abad ke-21 yang berpusatkan murid dan berupaya menjadikan murid lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah.

Didik Hibur dan Gamifikasi

Gabungan aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaran (PdPc) didik hibur yang mempunyai ciri-ciri gamifikasi akan mempunyai nilai tambah yang lebih baik kerana akan memberikan kesan positif kepada pencapaian dan motivasi murid. Gamifikasi bermaksud menjadikan aktiviti bukan permainan kepada aktiviti yang mempunyai ciri-ciri permainan dan memfokuskan objektif khusus dalam pembelajaran. Aktiviti didik hibur boleh dianggap telah mempunyai ciri-ciri gamifikasi jika mempunyai salah satu atau beberapa elemen gamifikasi seperti bar perkembangan, mata permainan, pingat pencapaian, dan senarai pemain terbaik. Contohnya inovasi didik hibur permainan Monopoli untuk mempelajari asas matematik yang mempunyai skor atau mata permainan.

Konsep Inovasi PdPc Didik Hibur Guru

Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan melalui bahan inovasi didik hibur yang dihasilkan. Bahan inovasi didik hibur yang dihasilkan juga berupaya membantu murid untuk mengamalkan pembelajaran bermakna serta dapat dimanfaatkan oleh rakan pendidik yang lain.

Konsep Inovasi PdPc Didik Hibur Murid

Murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran yang berkesan dengan menghasilkan bahan inovasi didik hibur. Malahan bahan inovasi didik hibur yang dihasilkan juga dapat membantu rakan-rakan atau murid lain belajar secara aktif dan bermakna.

Jenis Inovasi PdPc Didik Hibur

Didik Hibur Digital

Permainan yang dimainkan menggunakan peranti elektronik, sama ada secara dalam talian atau permainan mandiri (stand-alone). Contohnya permainan yang dimainkan di televisyen, komputer, konsol (seperti Playstation dan Xbox), telefon pintar dan tablet.

Didik Hibur Maujud

Permainan yang dimainkan menggunakan peranti bukan elektronik, seperti permainan yang dimainkan menggunakan kad dan papan dam. Boleh juga menggunakan aplikasi tertentu sebagai penyokong permainan papan atau kad.

Tema SAMNOVA 2022

Seminar Amalan Inovasi (SAMNOVA) Tahun 2022 akan bertemakan Inovasi PdPc Didik Hibur. Semua bahan inovasi PdPc yang bercirikan didik hibur sama ada berbentuk maujud atau digital yang dihasilkan oleh guru atau murid dijemput untuk menyertai SAMNOVA Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

Nisa Homestay

Geoplay Enterprise  No. Pendaftaran: 201903362750 (003063334-A)

geoplay.my Privacy Policy © 2022